Taman Sri Saujana, Kota Tinggi
011-5423 5286 | 07 - 880 1423
Dibuka Setiap Hari

Doktor Kami

Komited Memberikan Rawatan Terbaik Dengan Sentuhan Peribadi.

Dr Nazhiyah
Pengarah / Pegawai Perubatan Residen

Dr. Nazhiyah binti Abdul Wahab

MBBS (IIUM)
Pengalaman & Kepakaran

Lulusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Mempunyai pengalaman luas dalam perubatan umum, perubatan kecemasan, kesihatan keluarga dan kesihatan mental. Beliau juga berpengalaman dalam bidang kesihatan kanak-kanak dan wanita serta penjagaan antenatal. Beliau seorang doktor yang berdedikasi tinggi dalam menyediakan rawatan yang berkualiti serta perkhidmatan kesihatan yang holistik kepada setiap pesakit dengan penuh empati dan profesionalisme. Beliau seorang yang mesra pelanggan dan mempunyai kemahiran komunikasi yang cemerlang.

Dr Muhammad Feroz
Pegawai Perubatan Residen

Dr. Muhammad Feroz bin Hassan

MBBS (IIUM)
Pengalaman & Kepakaran

Graduan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, mempunyai pengalaman luas dalam perubatan Kecemasan (A&E), perubatan umum, kesihatan mental dan Kesihatan Pekerjaan. Beliau merupakan doktor yang profesional, berdedikasi dan cemerlang dalam menjalankan tugas merawat pesakit. Dengan pengetahuan perubatan yang kukuh serta kemahiran klinikal yang tinggi, beliau sentiasa mengutamakan ketepatan diagnosis dan keberkesanan rawatan.